Misi Besar

Melihat kehadiran berjuta juta blog dari topi yang ringan sampai lah isu isu yang mengancam keselamatan negara semua dimuatkan dalam blog.Sampai ada yang naik jadi pemimpin disebabkan isu sensasi yang dibuat didalam blog dan ada juga yang dipecat gara gara blog juga.Dalam arena perniagaan blog juga telah membuka mata ramai orang dalam mempromosi sesuatu jenama samada barangan atau perkhidmatan.Dalam dunia MLM juga konspep marketing telah diubah dimana sponsoring dan promotion telah dibuat secara online.Ada juga saya interview beberapa orang yang memang sukses dalam perniagaan yang dibuat secara online samada direct trading,MLM,E Book dan macam macam lagi.Tetapi dari survey yang saya buat ramai dikalangan teman teman kita yang sukses dalam perniagaan online ini lebih suka menyendiri(kalau salah saya minta maaf)homebased bisnes le katakan.Mereka memperolehi ribuan atau jutaan RM,USD dengan hanya berkain pelikat dan mengadap lap top kesayangan mereka setiap hari.

Inilah MISIBESAR saya setelah berjumpa dgn player hebat ini saya telah buat keputusan untuk menghimpunkan seberapa ramai dikalangan mereka ini supaya ilmu yang mereka ada ini dikumpulkan dan dikongsikan dengan semua rakan rakan yang memerlukan .Seperti yang kita faham kegawatan ekonomi yang yang melanda memberi kesan kepada semua.Ramai mereka seperti kehilangan punca nak buat part time kerja yang sudah ada pun cukup untuk meletihkan otak,masa pun terhad begitu juga untuk buat perniagaan konventional yang kecil pun angka modal yang tertulis di kertas cadangan pun sudah cukup untuk kita katakan 'tak kot'.Jadi internet bisnes adalah salah satu solusi..tetapi ramai dikalangan kita fobia ..pertama fobia takut kena tipu,kedua fobia dgn komputer,ke 3 memamng tak tahu orang sebut le blog,face book,youtube,twitter dan lain lain macam tahu sebenarnya tak tahu.

MISIBESAR adalah satu platform yang dirancang khusus untuk orang yang tahu,pandai,expert dalam internet marketing untuk berjumpa dengan orang yang nak cari huruf abjad kat keyboard kena fikir dulu(memang tak tahu komputer le ni).Di mana satu program telah dirancang khusus dimana kedua dua kumpulan ini akan mendapat faedah bersama...win win stuation le.